Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Syukur alhamdulillah, kami memanjatkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung dan warga maya yang sudi meluangkan masa melayari portal rasmi Persatuan Penduduk Tandop Kubang Rotan.

Selamat datang ke portal digital PPTKR β€” sebuah inisiatif untuk mendigitalkan persatuan terus berkembang di persada maya.

Selari dengan arus Revolusi Industri dan transformasi digital semasa, kehadiran laman web ini bukan sekadar wadah perkongsian maklumat, tetapi merupakan platform penyampaian virtual yang menggabungkan tradisi lama dengan kemudahan teknologi moden. Ia adalah pusat informasi, jaringan komuniti global, dan gerbang info digital yang memudahkan anda, di mana jua berada, untuk terus terhubung dengan perjuangan kami.

Sebagai persatuan yang aktif menggerakkan ekonomi setempat, PPTKR bertanggungjawab mengendalikan aktiviti Pasar Nelayan di kawasan ini, selain terus menyokong komuniti nelayan dengan menyediakan ruang jualan hasil tangkapan bagi meningkatkan pendapatan dan memajukan sosioekonomi penduduk Tandop Kubang Rotan.

Kami percaya, gandingan ilmu lama dengan kecanggihan teknologi mampu melahirkan generasi terbaik yang bukan sahaja mendalam jiwanya, tetapi juga relevan dengan generasi celik digital. Justeru, usaha membangunkan portal ini adalah langkah proaktif kami untuk memastikan warisan ilmu terus diakses, di samping memudahkan urusan perhubungan, perkongsian maklumat, dan sistem jualan online.

Kami sedar, di sebalik layar teknologi ini, tersimpan seribu satu potensi untuk memperluas jangkauan sebaran. Maka, segala pandangan, idea bernas, teguran membina, dan bimbingan ikhlas daripada para pengunjung, ahli korporat, serta masyarakat amat kami hargai dan nantikan. Setiap maklum balas anda adalah nadi kemajuan kami.

Kami mengajak anda bersama-sama menjadi sebahagian daripada revolusi persatuan abad ini.

Semoga setiap skrol dan klik di portal ini serta setiap perkongsian menjadi wasilah kebaikan yang berpanjangan, dan setiap sumbangan idea buah fikiran anda menjadi saham akhirat yang tidak pernah putus.

"Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang melakukannya."Β (Hadis Riwayat Muslim)

"Sampaikan dariku walau satu ayat."Β (Hadis Riwayat Bukhari)

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang menjalankan amanah,

Shaharudin Safiei
Pengerusi
Persatuan Penduduk Tandop Kubang Rotan

🌐 Jemputan Menyebar Luas Portal Rasmi

Persatuan Penduduk Tandop Kubang Rotan (PPTKR.com)

Klik pautan di bawah dan kongsikan kepada rakan-rakan agar lebih ramai mengenali portal rasmi kami.


πŸ“² Kongsi Sekarang:

WhatsApp Telegram Facebook